Sunday, November 20, 2011

Hari Terakhir bersama Yang Arif Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu


 Tanggal 16-11-2011 satu majlis meraikan hari-hari terakhir Yang Arif  Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu,  Tuan Shaikh Ahmad Bin Ismail yang akan bersara wajib pada bulan November 2011 telah diadakan di Sutera Semai Kuala Terengganu, Terengganu. Antara yang turut hadir adalah peguam syarie dari KSA iaitu En.Anuar, En.Sofian , En.Khir dan bakal peguam Syarie KSA iaitu Cik Hawa dan En. Syed. Banyak kata - kata semangat dilontarkan oleh Yang Arif sebelum beliau bersara tahun ini untuk pelapis - pelapis peguam syarie yang akan beramal di Terengganu.


 Ni lah wajah Yang Arif yang sempat di snap semasa majlis persaraan tersebut .Mungkin ramai yg teleh mengenali nama beliau semasa menyediakan draf Perintah tetapi belum mengenali wajahnya. Jadi kita upload di sini untuk staf KSA mengenali lebih dekat .


 En. Anuar bersama para peguam syarie  veteran yang turut hadir dalam majlis tersebut.



Tidak ketinggalan peguma syarie En. Khir yang tersohor di daerah Dungun dan Paka bersama bakal Peguam Syarie 2012 nanti. Tak tahu apa yang digelakkannya tuu...



Kelihatan para peguam syarie yang lain sayu bila di beritahu hari - hari terakhir Yang Arif akan meninggalkan bidang kehakiman untuk bersara. Walaubagaimanapun, kita mendoakan moga beliau terus memberi khidmat kepada masyarakat selepas bersara serta mendoakan moga segala usaha-usaha dan sumbangan beliau di rahmati Allah dan hanya  Allah yang membalasnya kelak.

Thursday, November 17, 2011

KSA juara lagi 2011


Baru - baru ni KSA telah menghantar wakil dalam perlawanan persahabatan badminton 2011 antara peguam-peguam seluruh Terengganu. Pertandingan ini agak sengit antara satu sama lain. Semuanya hebat-hebat belaka . Namun KSA merasa amat bangga kerana wakil kita iaitu En. Khairul dan En. Khir akhirnya berjaya menjadi juara keseluruhan perlawanan tersebut. Satu kebanggan buat semua warga KSA . Moga di tahun hadapan kita dapat terus mempertahankan title " JUARA" tersebut . Tahniah ..Tahniah ..Tahniah ..


 Tu dia satu kombinasi yang padu dan hebat ..



 Masing-masing sedang berehat untuk menunggu perlawanan seterusnya



 hadiah pertama ..



 Terima lah seadanya..



 Tuan Rumah akhirnya menjadi juara ..banyak hadiah tuu..kena sumbat dalam beg



Antara team- team yang mengambil bahagian . Walaubagaimanapun, sudah menjadi adat dalam permainan ini  akan ada yang menang danada yang kalah. Apa yang paling penting adalah semangat kesukanan dan kerjasama antara satu sama lain.
Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co