Sunday, September 15, 2013

Majlis Penghargaan kepada Staf KSA


Sebagai kenang-kenangan , diuploadkan di sini majlis perpisahan terakhir bagi staf  KSA
 ( Kuala Terengganu ) yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang kejururawatan bulan Julai 2013 . Pihak admin mengucapkan semoga beliau maju jaya dan sukses di dalam bidang yang bakal diterokai oleh beliau. Jadikanlah ilmu dan pengalaman yang ditimba di KSA sebagai satu cabaran untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar . Kelihatan staf-staf yang lain agak sedih bercampur gembira di majlis farewell tersebut serta sambil mendengar kata-kata ucapan terakhir dari  shafikah .




Nie lah rupanya " Shafikah " yang telah berkhidmat untuk beberapa tahun di KSA . Seorang yang agak berdedikasi dan komited dalam kerjayanya



Sebagai penghargaan dan tanda ingatan dari KSA..berat jugak hadiah tuu..



Masih lagi semua kelihatan tidak ceria ..biasalah " people come and go "  when the time come



Oklah ..silalah menjamu selera yang telah disponsor oleh KSA ..Jangan sedih-sedih lagi tak baik di depan makanan tuu..apa yang penting moga hubungan sesama staff berkekalan dan ingatlah selalu " KSA di hati ku ". Oh ya....Tak lupa juga kepada Puan Siti Nurhanim yang juga telah bertukar ke Kuala Lumpur pada bulan September 2013 yang juga telah banyak menabur jasa dan bakti kepada KSA.  Pihak admin juga mengucapkan semoga beliau maju jaya dalam bidang kepeguaman beliau di Kuala Lumpur. Jadikan pengalaman yang ada untuk menjadi lebih matang serta menjadi peguam yang disegani kelak.
Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co