Thursday, January 29, 2015

Rumah Tradisonal Suku Aceh @ Rumah Acheh ~ 3rd Day

Setelah yg berpenat & perpanasan di Makam Sultan Iskandar Muda, kami berkunjung pula ke Rumah Acheh yg juga dikenali sebagai Rumah tradisonal suku Aceh. Ianya terletak hanya bersebelahan dengan Makam Sultan Iskandar Muda.

Okeylaa... bercerita tentang rumah adat ini, ia mempunyai 3 bahagian utama dan 1 bahagian tambahan. Tiga bahagian utama iaitu seuramoë keuë (serambi depan), seuramoë teungoh (serambi tengah) dan seuramoë likôt (serambi belakang). Sedangkan 1 bahagian tambahannya iaitu rumah dapu (dapur).

Inilah rumah Acheh yg juga dikenali sebagai Krong Bade.
View dr tepi plak..terdapat jenis Ragam Hias pada Tolak Angin Rumoh Aceh
Loceng gergasi di hadapan Rumah Aceh

Tempat memproses bijirin

Tempat berehat yg santai
Untuk memasuki Rumoh Aceh, pertama-tama harus melewati "reunyeun" (tangga). Dengan menaiki "reunyeun" dan melalui pintu depan sampailah di "seuramoe keue" (serambi depan).
Salah Satu Reunyeun yang terdapat di Rumoh Aceh "Seramoe keue" (serambi depan) adalah ruang tamu yang terbentang sepanjang rumah. Ruang ini dipakai untuk menerima tamu, menjalankan kegiatan agama dan sebagai tempat musyawarah keluarga.

Bahagian ujung Barat ruangan ini ditutup dengan tikar, dan pada upacara yang sifatnya khidmat, pada bahagian ini dihamparkan permadani tempat dimana untuk setiap tamu disediakan "tika duek" (tikar duduk) masing-masing, berbentuk persegi empat yang dianyam dan dihiasi dengan indah.
 

Pintu dlm Rumah Acheh ni..dh nmpk mewah pd pintunya

Rambat sebagai Penghubung antara dua Kamar Tidur


Tempat singgahsana org kaya..
Bahaian Timur Seuramoe Likot yang berfungsi sebagai dapur
Deretan Lukisan Pahlawan Bangsa didinding di Seuramoe Keue (Serambi Depan).
Dh penat pusing2 di Rumah Acheh, jom pekena ABC Acheh..unik rs. Mcm2 dia letak..tp agak manis
Ini plak ais blander

Wednesday, January 28, 2015

Makam Sultan Iskandar Muda ~ 3rd Day

Sejurus selepas itu, kami ke Makam Sultan Iskandar Muda yg terletak di Gampong Peuniti.

Sultan Iskandar Muda memerintah kerajaan Aceh Darussalam pada tahun 1607-1636. Baginda berjaya menempatkan kerajaan Islam Aceh antara kerajaan terbesar Islam di dunia pada abad ke-16M.

Ketika itu Banda Aceh yang merupakan pusat kerajaan Aceh menjadi kawasan bandar perniagaan yang dikunjungi ramai dan menghubungkan Aceh ke peringkat internasional, terutama kawasan Nusantara. Ini kerana Selat Melaka merupakan jalan pelayaran kapal-kapal niaga asing  untuk mengangkut hasil bumi Asia ke Eropah.

Sultan Iskandar Muda adalah seorang raja yang sangat bijaksana dan adil bahkan terhadap anak kandungnya sendiri. Dikisahkan, Sultan memiliki seorang putera yang bernama Meurah Pupok yang gemar pacuan kuda. Namun, akhirnya dihukum mati oleh Sultan kerana melanggar syariat Islam.

(Go back to history sila click link ini ~ Sultan Iskandar Muda)

Jln masuk ke Makam Sultan Iskandar Muda
Mcm buah nangka..
Kuburan pahlawan
Kuburan pahlawan
Kuburan pahlawan
Kuburan pahlawan
Ooo mak melotoppp!!!
Dh nm Makam org berjasa, sudah tentu ada kereta perisai ini..Faiq nk tembok mn tuuu haha

Jejambat menghubungkan jln raya ke Makam Sultan.
Hebat senjata dolu2..

Meninjau di sekitar makam sultan.
Sape nmpk dia tulis ape?
Pokok besar & rendang dipercayai berusia ratusan tahun..yg menjadi saksi bisu peristiwa Tsunami
Nk jgk!
Antara bangunan istana di dalam Makam ini.
Kuburan pahlawan
Makam Pahlawan Sultan Iskandar Muda Bandar Aceh..warna kuning lambang istana.
Antara makam lain yg ada di Makam Kandang Meuh

Riwayat hidup Sultan Iskandar Muda
Besarrrrnyaaaa...
Sengeh!! Photographer kite

Panti Asuhan Yayasan Penyantun Islam (YPI) ~ 2nd Day

Selepas solat asar di hotel, kami berkunjung pula ke Panti Asuhan Yayasan Penyantun Islam (YPI) Seutui Banda Aceh. Panti @ Yayasan ini ditubuhkan hasil Model Rencana Kontijensi Bancana Gempa-Tsunami bagi mengumpul anak-anak mangsa Tsunami yg kehilangan ahli keluarga & tempat bergantung nasib serta kehilangan harta benda.


Keadaan di hadapan Panti..agak usang kerana ia adalah bangunan peninggalan Inggeris & rosak teruk akibat Tsunami.
Peserta rombongan kaum hawa bergambar dgn kakitangan & warga Panti.
Kaum adam plak..ceria Che Tar kiteee :D
Anak-anak tsunami include Faiq..hehe
Alhamdulillah..setelah beramah mesra & menyerahkan sumbangan yg tidak seberapa, kami berangkat pulang kerana hari hampir malam..
Sebelum makan malam, kami singgah sebentar di Masjid Baiturrahman utk solat maghrib.

PLTD (Pembangkit Listrik Tenaga Diesel) Apung ~ 2nd Day

PLTD Apung, Kapal 2.600 Ton Yang Dihempas Tsunami 

Utk yg xtahu @ xpernah smpai, meh nak kong si info sket pasal kapal gergasi ni.

PLTD Apung yang terdapat di daerah Punge Blang Cut, Banda Aceh, . Kapal ini memiliki berat 2.600 ton dengan panjang 63 meter dan luas 1.900 meter persegi. Dengan ukuran serta berat kapal ini, tidak dapat kami bayangkan seperti apa dahsyatnya gelombang Tsunami waktu itu sehingga mampu menghempaskan kapal ini sejauh 4-5 Km lebih dari tempat asalnya di sekitar Pelabuhan Ulee Lheue.

Sebagai bandingan untuk PLTD Apung ini berada di tempat sejauh ini, adalah menggunakan labi-labi (pengangkutan umum di Acheh) dari Uleee Lheue sampai ke Punge Blang Cut atau agar lebih mudah menaiki beca motor dengan nilai Rp25.000,00 dari Terminal Keudah, Banda Aceh. Huh!!

Jom layann gambar2 yg sempat disnap oleh photographer hebat..wakaka 

Monumen Kapal PLTD Apung – Kapal tongkang besar PLTD (Pembangkit Listrik Tenaga Diesel) apung ini merupakan saksi bisu sejarah terjadinya tsunami yang melanda banda aceh tahun 2004 silam.
Batu tanda peringatan dibina bg mengenang peristiwa sejarah Tsunami..
Nama mangsa korban Tsunami di Dusun Lampoh Lubhouk.
Nama mangsa korban Tsunami di Dusun Tuan Dikandang.
Ni laa kapal besar yg menjadi sejarah & saksi berlakunya Tsunami.
Dr atas kapal Pltd Apung..nmpk x replika ombak? Itula gambaran ketinggian air tsunami yg melanda kawasan ni.
Anak-anak kapal...haha
Ragam anak kecil Faiq & Nabihah..
Dinding ukiran peristiwa tsunami.
Kapal yg besar ini mampu dihanyutkan oleh air..



Telefon uzur yg berada di atas kapal

Helo..helo..helo my sweetheart pengarang jantungku..haha
Like daughter like dad
Flying without wings....Huhu tingginya....
Permandangan Banda Acheh dr atas kapal..
Wow..peropong sapew tu?? Jeng..jeng..jeng :)
Kat dinding pn jadilaa..
Err..En. Saiful tgk mn?
Yeay!!!
Candid..huhu

B'gambar kenang-kenangan dlu b4 meninggalkan tempat bersejarah ni..
Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co