Sunday, November 20, 2011

Hari Terakhir bersama Yang Arif Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu


 Tanggal 16-11-2011 satu majlis meraikan hari-hari terakhir Yang Arif  Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu,  Tuan Shaikh Ahmad Bin Ismail yang akan bersara wajib pada bulan November 2011 telah diadakan di Sutera Semai Kuala Terengganu, Terengganu. Antara yang turut hadir adalah peguam syarie dari KSA iaitu En.Anuar, En.Sofian , En.Khir dan bakal peguam Syarie KSA iaitu Cik Hawa dan En. Syed. Banyak kata - kata semangat dilontarkan oleh Yang Arif sebelum beliau bersara tahun ini untuk pelapis - pelapis peguam syarie yang akan beramal di Terengganu.


 Ni lah wajah Yang Arif yang sempat di snap semasa majlis persaraan tersebut .Mungkin ramai yg teleh mengenali nama beliau semasa menyediakan draf Perintah tetapi belum mengenali wajahnya. Jadi kita upload di sini untuk staf KSA mengenali lebih dekat .


 En. Anuar bersama para peguam syarie  veteran yang turut hadir dalam majlis tersebut.



Tidak ketinggalan peguma syarie En. Khir yang tersohor di daerah Dungun dan Paka bersama bakal Peguam Syarie 2012 nanti. Tak tahu apa yang digelakkannya tuu...



Kelihatan para peguam syarie yang lain sayu bila di beritahu hari - hari terakhir Yang Arif akan meninggalkan bidang kehakiman untuk bersara. Walaubagaimanapun, kita mendoakan moga beliau terus memberi khidmat kepada masyarakat selepas bersara serta mendoakan moga segala usaha-usaha dan sumbangan beliau di rahmati Allah dan hanya  Allah yang membalasnya kelak.

Thursday, November 17, 2011

KSA juara lagi 2011


Baru - baru ni KSA telah menghantar wakil dalam perlawanan persahabatan badminton 2011 antara peguam-peguam seluruh Terengganu. Pertandingan ini agak sengit antara satu sama lain. Semuanya hebat-hebat belaka . Namun KSA merasa amat bangga kerana wakil kita iaitu En. Khairul dan En. Khir akhirnya berjaya menjadi juara keseluruhan perlawanan tersebut. Satu kebanggan buat semua warga KSA . Moga di tahun hadapan kita dapat terus mempertahankan title " JUARA" tersebut . Tahniah ..Tahniah ..Tahniah ..


 Tu dia satu kombinasi yang padu dan hebat ..



 Masing-masing sedang berehat untuk menunggu perlawanan seterusnya



 hadiah pertama ..



 Terima lah seadanya..



 Tuan Rumah akhirnya menjadi juara ..banyak hadiah tuu..kena sumbat dalam beg



Antara team- team yang mengambil bahagian . Walaubagaimanapun, sudah menjadi adat dalam permainan ini  akan ada yang menang danada yang kalah. Apa yang paling penting adalah semangat kesukanan dan kerjasama antara satu sama lain.

Tuesday, August 23, 2011

Di ucapkan SElamat Hari Raya...Selamat Hari Raya

puasa dah nak habes..satu post pun x dak bulan-bulan puase ni kan..sedar2 dah mahu raya..tapi x mengeape..ayuh, terimalah ucapan raya dari lembaga-lembaga manusia di KSA & Co.




okey..0-0 yok :)

Thursday, August 11, 2011

entry tertinggal

koleksi gambar di redang maseh ade..oh..kenape tidak di letakkan??sengaja x mau letak..nak letak lambat-lambat..hohoho..






Wednesday, July 6, 2011

latihan Dalam Kamar

kalau sebot latihan dalam kamar mungkin orang ramai heran jugak, ape kebenda latihan dalam kamar tu..tapi..coba anda sebot "chambering"..hoyeh..hoyeh..pasti anda sedar bahawa ade seorang budak dalam firm anda sedang membuat latihan dalam kamar..bukah kah paham disitu bahawa latihan dalam kamar same juga dengan "chambering"?

alhamdulillah, setelah 7 tahun lebih, maka, KSA telah menerima pelatih dalam kamar yang pertama dibawah pengawasan Encik Khairul Azmi..Hawa Ilhayuni ataupun lebih dikenali dengan nama hawa adalah pelatih pertama yang sudah pun melepasi peringkat pertama dalam latihan iaitu short call.congratulation to her..



hawa sekarang sedang menjalani latihan dalam kamar*..kite guna chambering erk..penat nak taip panjang2* di KSA cawangan Dungun..just a few months later, she will known as a lawyer too..just wait for that..to hawa, we wish u all da best and may God make an easy path for you..lastly, tahniah dia ats kejayaan anda melepasi panggilan pendek..errkk..okey..short call :)

the first chambering student in KSA&Co.

just from the boss..hahaha

Tuesday, June 28, 2011

oh Incik Bos sangat Bermurah Hati

you all, bos kite kan pg Vietnam..okey..bos kami..bos kite2 ajer..balik VIETNAM,bos kite bagi seguni ole2 untuk staff2..memng syiok ah..nak pg sendiri duit x cukup agi kan..nak buat family day kat sane pun memng x mampu kan..dan lain..lain lagi..

pastu dapat pegang cenderahati pun okey what..ya dak..hahaha..dah sudah..saye nak tepek jugak ole2 dari bos kat cni sebab nanti kalau cenderahati tu pendek umor, at least, kite maseh mampu menatap gambaran mereka dalam bentuk digital..wakakaka...ah sudah hokey:)




Thursday, June 23, 2011

Sepetang bermain Di tepi Pantai

alhamdulillah..berkat segala usaha yang cukup keras, maka, wujudlah acara sukan neka yang dirancang oleh para kawan2 di KSA DUNGUN dan dihandle dengan sebaiknya oleh para kawan2 di KSA TERENGGANU..hah..nampak x kerjasama disitu..okey..sape x nampak duk diam2..

maka, selepas sungguh bersemangat bermain di tepi pantai, sume bertukar menjadi ratu hitam cantik kulit gelupas hokey..arrgghh..sangat tidak sukai..hang pa suka??olo olo...tahun depan buat lah kat pantai lagik hokey..pantai batu borook pun hokey hapa..*kihkihkih

marilah sama-sama saksikan gambo tanpo sedor manusia2 yang berseronak di pantai :) *tolong pasang lagu ala2 angin sepoi2..amid mood REDANg..shhhhhhhh

sebenar nya ini acara lelaki dan perempuan berbaris sambil pegang belon* panjang sangat ke name acara tu? 

yang ini patot name: kanggaru bawak telur bukan kepit bola..kan?kan?

ini pulak acara orang Pulau jumpe makanan..*hadiah tempat ketiga dapat hanger weh..seyes lawak!

acara berlari sambil fokus kedepan

ini pulak acara isi angin dalam belon pakai mulot..errkkk

barisan PAM ANGIN..hahahaha*Ya ampunnn..jangan marah hokey :)
thats all for FAMILY DAY 2011..may ALLAH Bless us

Wednesday, June 22, 2011

picture at beach :)

disebabkan kemalasan tahap gaban nak tunggu satu2 gambo di upload, maka, terwujudlah perangai yang snagat rajin dalam menghandle blog ini....

maka, dipersembahkan koleksi picture gambor iaitu yang terkumpul semasa FAMILY 2011..sile yer para pembaca jangan bermuram durja kerana jeles melihat gambo2 yang gorgeous ini...

oh, dan jugak kepada pekerja KSA, sile lah yer menerima gambor buruk baik anda seada nya..KITA ADALAH CANTIK DENGAN CARA TERSENDIRI HOKEY...





Hari keluarga 2011

there you are..we meet again..a year had passed..ah sudah..penat duk pk grammar bile nak skipping kan..just sharing pieces of pictures taken by the BiggBoss..Syazwani Roslan and myself..

oh hokey..kite kasi hapdate sikit2 sudah okey..cite banyak2 bukan nyer hangpa duk bace pun..habesh2 selak blog tgk pic..pastu tekan button pangkah kat belah kanan kat atas tu kan..alah..dah tahu dah..

okey..for the intro..let see the panorama at REDANG ISLAND..spending 3 days and 2 nights there :)






thanks for viewing the picas :)

Sunday, March 6, 2011

KSA ke Putrajaya


Pada 22 Februari 2011 , KSA telah menjejak kaki ke Istana kehakiman, Putrajaya untuk mengendalikan
satu kes rayuan sivil di Mahkamah Rayuan Putrajaya . Dalam perbicaraan tersebut Mahkamah membuat keputusan majoriti 3-0 oleh 3 orang ahli panel Hakim Rayuan. Pihak KSA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan peguam-peguam KSA mengukir nama dan menaikkan nama KSA di Putrajaya. 


Wah...penuh bergaya Bos kita nie..nampak happy jer selepas menang kes Rayuan di Mahkamah Rayuan
di Putrajaya. Tahniah... 


Posing kejap sebelum balik Kuala Terengganu


Tidak ketinggalan En. Anuar dan Anwar yang turut serta di dalam kes rayuan tersebut. Pihak KSA juga ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Anwar yang telah memberi idea, kerjasama dan sokongan semasa di Mahkamah Rayuan Putrajaya tempoh hari.

Ni adalah jambatan gantung di Putrajaya yang sempat dirakam pada malam hari.



Kat sinilah peguam - peguam KSA menginap semasa berada di Putrajaya. Cantik rekabentuk hotel Pullman nie. Tak tahu lah pulak bila lagi akan ke Putrajaya untuk kes - kes rayuan. Sekali  sekala berehat dan bermalam di sini best jugak...

Thursday, February 17, 2011

Ke Ibu Kota Menambah Ilmu dan Pengalaman

Baru- baru nie KSA telah menghantar beberapa orang staf untuk menambah ilmu dan pengetahuan di Juris Tecnologies di Petaling Jaya.  Antara yang bertuah dan terpilih kali ini adalah Puan Sara dan Cik Yuhasliza. Penginapan yang berbintang-bintang telah ditaja oleh KSA. Pihak KSA mengucapkan semoga segala pengalaman dan pengetahuan baru dapat dikongsi bersama dalam memperkukuhkan KSA di era globalisasi.
 Antara kakitangan KSA bersama kakitangan Natsoft yang pergi menimba ilmu di Juris Technologies,
Petaling Jaya. 

En. Khir selaku Penyelaras dan Penasihat program juga hadir ke Ibu Kota sebagai memberi sokongan dan menunjuk jalan kepada peserta - peserta kursus.

Wajah- wajah ceria kakitangan KSA yang pergi mengikuti kursus peningkatan ilmu di Petaling Jaya.  Bukan main bergaya tuuu.... Pn. Sara siap bawa laptop lagi tu...KSA ucapkan selamat berkursus dengan jayanya.
Tidak ketinggalan En. Anuar dan Khir yang sudi hadir untuk memberi sokongan akhir kepada peserta kursus pada hari tersebut.

Sebelum pulang, bos-bos KSA sempat menziarahi rakan-rakan lama di Taman Equine, Seri Kembangan , Puchong untuk merapatkan lagi ukhuwwah. Sekali sekala berjumpa banyak cerita lama dan baru dikongsikan bersama ...Yezzar..

Nie adalah Re Union C44 Group. Sebenornya masa belajar kat " U " dulu kitorang nie tinggal sebilik. Bilik tu adalah bilik C44. Lepas grad. we still lagi C44 Group. Ni lah dikatakan " Frienship Never End " and we share the knowledge and experience for KSA...Tengoklah semua tunjuk " 4 jari "..
Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co