Bersempena bulan Ramadhan yang menjelma ini, pada 03 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436H (Jumaat), warga KSA berbesar hati mengadakan Majlis Tautan Kasih Ramadhan bagi meraikan anak-anak warga Asrama Anak-anak Yatim PERKIM Negeri Terengganu di Lot 106, Gong Balai, Marang, Terengganu bermula jam 5.00 petang hingga jam 10.00 malam.
Majlis dianjurkan oleh Tetuan Khairul Sofian Anuar & co. dengan kerjasama WAHABA Group of Companies dan Kelab Karyawan Lensa Negeri Terengganu.
Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Dato' Haji Alwi Bin Mohamad selaku Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Terengganu.








