Tuesday, August 31, 2010

10 Malam Terakhir Ramadhan

saye penyimpan mohor besar raja-raya mengisytiharkan perang untuk merebut malam lailatul Qadar..hah..ape tue??oooii..cik abang,cik akak, kite dah 20 ari kot poser..kalu ya pun penat pose, xkan malam lailatul qdar pun x tahu..hadooiih..parah tol..

hihi..kali nie majlis agama kat KSa nak kongsi sikit info pasal malam Lailatul Qadar..bagus weh kite men kongsi-kongsi iLmu..kang masuk kubur esok luse, bleh jugak story kat Malaikat yang kite penah kongsi ilmu kat alam maya ni..nanti korang dah bace, pass-pass la kat kawan2..InsyaAllah, terang kubur nanti..x payah susah2 nak cop tanah kubur yang dekat dengan lampu jalan cz nak kubur terang..

ok..lest start..bnda nie sahih oK.. setelah majlis agama KSA menggoogle..maka info ini dijumpai..lets sharing :)

Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya:


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

Maksudnya, beramal pada malam tersebut seperti solat, dzikir dan membaca al-Quran lebih utama dari amalan selama seribu bulan yang tidak mempunyai Lailatul-Qadr.

Sunnat Mengintai Lailatul-Qadr

Disunnatkan mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anhu berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?

Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.

Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.

Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”

Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah. Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.

Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”
Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu ‘anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya: “Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?” Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Katakanlah:

doa malam Lailatul Qadar


ok..dah bace semua.. ini untuk selinga..even upin dan ipin pun tahu ape tu malam lailatul qadar.. x malu ke kalau x tahu..hoho..mencari nyer adalah sunat..begitu juga mengetahui kelebihannya..Renung-renungkan..selamat beramal :)


No comments:

Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co