Thursday, January 29, 2015

Rumah Tradisonal Suku Aceh @ Rumah Acheh ~ 3rd Day

Setelah yg berpenat & perpanasan di Makam Sultan Iskandar Muda, kami berkunjung pula ke Rumah Acheh yg juga dikenali sebagai Rumah tradisonal suku Aceh. Ianya terletak hanya bersebelahan dengan Makam Sultan Iskandar Muda.

Okeylaa... bercerita tentang rumah adat ini, ia mempunyai 3 bahagian utama dan 1 bahagian tambahan. Tiga bahagian utama iaitu seuramoë keuë (serambi depan), seuramoë teungoh (serambi tengah) dan seuramoë likôt (serambi belakang). Sedangkan 1 bahagian tambahannya iaitu rumah dapu (dapur).

Inilah rumah Acheh yg juga dikenali sebagai Krong Bade.
View dr tepi plak..terdapat jenis Ragam Hias pada Tolak Angin Rumoh Aceh
Loceng gergasi di hadapan Rumah Aceh

Tempat memproses bijirin

Tempat berehat yg santai
Untuk memasuki Rumoh Aceh, pertama-tama harus melewati "reunyeun" (tangga). Dengan menaiki "reunyeun" dan melalui pintu depan sampailah di "seuramoe keue" (serambi depan).
Salah Satu Reunyeun yang terdapat di Rumoh Aceh "Seramoe keue" (serambi depan) adalah ruang tamu yang terbentang sepanjang rumah. Ruang ini dipakai untuk menerima tamu, menjalankan kegiatan agama dan sebagai tempat musyawarah keluarga.

Bahagian ujung Barat ruangan ini ditutup dengan tikar, dan pada upacara yang sifatnya khidmat, pada bahagian ini dihamparkan permadani tempat dimana untuk setiap tamu disediakan "tika duek" (tikar duduk) masing-masing, berbentuk persegi empat yang dianyam dan dihiasi dengan indah.
 

Pintu dlm Rumah Acheh ni..dh nmpk mewah pd pintunya

Rambat sebagai Penghubung antara dua Kamar Tidur


Tempat singgahsana org kaya..
Bahaian Timur Seuramoe Likot yang berfungsi sebagai dapur
Deretan Lukisan Pahlawan Bangsa didinding di Seuramoe Keue (Serambi Depan).
Dh penat pusing2 di Rumah Acheh, jom pekena ABC Acheh..unik rs. Mcm2 dia letak..tp agak manis
Ini plak ais blander

No comments:

Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co