Wednesday, January 14, 2015

Kapal Di Atas Rumah ~ 2nd Day

“Kapal Di Atas Rumah”, Kapal Penyelamat 59 Orang

Salam Sejahtera para pembaca sekalian, alhamdulillah...seusai makan, kami dibawa melawat satu lagi bekas tsunami iaitu kapal sangkut @ kapal nelayan yang tersangkut kat atas sebuah rumah dua tingkat. Dan kapal telah menyelamatkan 30 nyawa masa tsunami berlaku. Subhanallah...

Sekarang ni, tempat ini dijadikan sebagai salah satu tugu peringatan peristiwa tsunami. Kapa nelayan ni telah dibaikpulih dan dibina rangka & tempat pejalan kaki untuk preserve kapal & rumah ni.

Dan kebetulan semasa kami melawat monumen sejarah ini, kami bertemu sendiri dengan tuan rumah yang terbabit semasa kejadian. Dapatlah mendengar sendiri pengalaman sebenar mereka sewaktu kejadian tsunami 200 berlaku.
Tempat Wista Tsunami @ tempat peringatan Tsunami di Gampong Lampulo..




Kapal di Atas Rumah” yang terletak di daerah Lampulo, Banda Aceh, Nanggroe Aceh Darussalam, Indonesia. Begini ceritanya: Bencana Tsunami Aceh pada tanggal 26 Disember 2004 yang lalu membawa kapal seberat 20 ton ini tersangkut di atas rumah penduduk di kawasan gampong Lampulo, tepatnya di atas rumah keluarga Misbah dan Abassiah. Kapal dengan panjang 25 meter dan lebar 5,5 meter ini terbuat dari kayu. Bahagian bawah kapal dicat warna hitam, sedangkan badan kapal telah dicat kembali dengan cat minyak berwarna perak. Beberapa bahagian di dinding kapal terlihat mulai lapuk dimakan usia. 

Kapal di atas rumah ketika itu
Jejambat dibina bagi memudahkan pelawat
Kalau nak ke sini parkirnya jauh2 sikit ya sbb mobilnya ngak bisa masuk kayaknya jalan sempit..haks terkeluar dhh :)
Keadaan kapal dr dalam rumah..semua boleh masuk rumah ni..
:)
Antara mangsa2 korban Tsunami di kampung ini..
Kucing Acheh..sm x mcm kucing Msia kite?? huahuahua..
Kapal atas rumah ni juga dikenali sebagai Kapal Tsunami Lampulo
Gambar-gambar kesan Tsunami..turut kelihatan, Faiq :P
Selepas solat asar di hotel, kami berkunjung pula ke Panti Asuhan Yayasan Penyantun Islam (YPI) Seutui Banda Aceh. Jemput lihat entri seterusnya..:)

No comments:

Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co