Wednesday, January 14, 2015

Masjid Raya Baiturrahman ~ 3rd Day

Dah 3 hari kami berkampung di bumi Acheh ni..kunjungan pertama kami adalah ke Masjid Raya Baiturrahman yang terletak di tengah-tengah kota Banda Aceh, provinsi Aceh, Indonesia. Masjid ini merupakan satu tanda penting agama dan kebudayaan orang Aceh, terutamanya kerana masjid ini terlepas daripada kemusnahan besar yang berlaku di Aceh semasa Tsunami tahun 2004.

Masjid ini direka seorang ahli seni bina Itali dan dibina pentadbiran kolonial Belanda sebagai tanda perdamaian berikutan kemusnahan masjid lama oleh Belanda semasa berlakunya Perang Aceh. Pembinaan masjid bermula pada tahun 1879 dan selesai pada tahun 1881. Masjid ini terlepas daripada kemusnahan besar-besaran Banda Aceh semasa berlakunya tsunami pada tahun 2004.

Seni reka masjid menggabungkan pengaruh kolonial dan Mughal India. Bentuknya tidak berapa berbeza daripada seni reka Masjid Raya Tuban di Jawa Timur. Mahupun masjid ini menjadi tanda Banda Aceh dan keunikan kebudayaan Aceh, ia menggabungkan hanya sedikit ciri Aceh tradisional.
KSA club here!!! Semua berkerut muka menahan panas matahari..
Kunjungan kami ke Acheh kali ni berkebetulan jg dgn sambutan tahun baru Hijrah 1436H..cantek kan board ni

Sebelum makan malam td (hari ke-2), kami singgah sebentar di Masjid Baiturrahman @ dikenali sebagai Masjid Raya iaitu antara masjid yg terselamat dlm peristiwa Tsunami.


Menara masjid yg masih utuh & berdiri megah

Unik sgt Masjid Baiturrahman ni. Nk naik ke ruang solat kena bersih kaki terlebih dahulu..
Latar indah sesuci salju siling masjid..
Jemaah ramai berkunjung ke masjid ini krn berkebetulan ada sambutan Maal Hijrah di sini. Meriah & imarah masjid.
Setelah yg berpenat & perpanasan di Makam Sultan Iskandar Muda, kami berkunjung pula ke Rumah Acheh yg juga dikenali sebagai Rumah tradisonal suku Aceh. (Next Entri)

No comments:

Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co