Tuesday, August 31, 2010

10 Malam Terakhir Ramadhan

saye penyimpan mohor besar raja-raya mengisytiharkan perang untuk merebut malam lailatul Qadar..hah..ape tue??oooii..cik abang,cik akak, kite dah 20 ari kot poser..kalu ya pun penat pose, xkan malam lailatul qdar pun x tahu..hadooiih..parah tol..

hihi..kali nie majlis agama kat KSa nak kongsi sikit info pasal malam Lailatul Qadar..bagus weh kite men kongsi-kongsi iLmu..kang masuk kubur esok luse, bleh jugak story kat Malaikat yang kite penah kongsi ilmu kat alam maya ni..nanti korang dah bace, pass-pass la kat kawan2..InsyaAllah, terang kubur nanti..x payah susah2 nak cop tanah kubur yang dekat dengan lampu jalan cz nak kubur terang..

ok..lest start..bnda nie sahih oK.. setelah majlis agama KSA menggoogle..maka info ini dijumpai..lets sharing :)

Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya:


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

Maksudnya, beramal pada malam tersebut seperti solat, dzikir dan membaca al-Quran lebih utama dari amalan selama seribu bulan yang tidak mempunyai Lailatul-Qadr.

Sunnat Mengintai Lailatul-Qadr

Disunnatkan mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anhu berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?

Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.

Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.

Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”

Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah. Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.

Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”
Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu ‘anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya: “Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?” Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Katakanlah:

doa malam Lailatul Qadar


ok..dah bace semua.. ini untuk selinga..even upin dan ipin pun tahu ape tu malam lailatul qadar.. x malu ke kalau x tahu..hoho..mencari nyer adalah sunat..begitu juga mengetahui kelebihannya..Renung-renungkan..selamat beramal :)


Thursday, August 19, 2010

jom men masak-masak okey

bulan Puasa saye terbace post k'sara kat facebook dier..duk tny nak masak ape..huhuhu..meh cni kiter kongsi recepi..

ikan Cencaru Sumbat.. in english..a fish with da sambal inside the body..hahahha..merepek..

jom..

2 ekor ikan cencaru..nak bnyak ekor pun x per..tapi modified la bahan2 lain jugak. 

(dah name cencaru sumbat x kan nak gune ikan kembong)

UNTUK ISI ; 1/4 labu bawang besar (pastikan bawang besar)

4 biji cili (ubah ikot tahap kepedasan masing2)

ader orang suke letak bawang putih dan halia jugak..

untuk best sket, basuh ikan dengan air asam..ia akan meninggalkan rase masam..tgk..huhu

1/4 biji tomato (tomato ialah tomato in english)

sedikit minyak utk menggoreng (oil)

Cara-cara nyer adalah:sile siang ikan - belah belakang badan ikan utk disumbat.belah bukan macam potong okey...

sile belah cantek-cantek supaya suami anda tertarik melihat ikan cantek
tumbuk hingga hancur semua bahan2 utk isi dan sumbatkan bhn2 yg telah ditumbuk ke dalam bhgn perut dan belakang badan ikan ..senang giler kan..budak tadika pun bleh tolong buat..huh! tadika??


name dier, ikan pakai lawa-lawa nak g bandar
 kemudian, sila panaskan kuali dan goreng ikan dgn minyak sedikit (1-2 sudu).pusing-pusingkan ikan sehingga masak..pastikan masak betul2 yer anak-anak semua...

pastikan ikan ader rupe macam nie.. kalu x...x jadi..hahhha
dah siap pun.. pastikan makan setelah azan magrib berkumandang..hoho..selamat men"try".

Friday, August 13, 2010

Tajkirah Pose..untuk kite-kite jer

Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."


so cane?? membuahkan perasaan sabar x?? oh yer.. sabar-sabar okey..keje bnyak bulan pusae??senyum jer lah..hahha..

Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan
larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin.

Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."

so, same-samelah kite sabar time bulan puase okey.. sume nyer duagaan bulan pose..jangan merungut..nanti kurang pahala pose..huhu..lepas pose pun kene sabarlah..

Sunat-sunat puasa



* Makan sahur serta mentakhirkannya.

* Segera berbuka dan sunat berbuka dengan buah tamar atau benda-benda yang manis atau air. Buah tamar adalah makanan yang terbaik dari segi agama dan kesihatan dan jika tiada buah tamar berbukalah dengan air kerana ia dapat menyegarkan badan.


* Berdoa setelah berbuka - Rasulullah s.a.w berdoa setelah berbuka dengan ucapan, mafhumnya, Wahai Tuhanku aku telah berpuasa untukmu dan aku telah berbuka dengan rezeki kurniaanmu.

* Mengadakkan jamuan berbuka puasa – Menjamu orang-orang berbuka puasa adalah satu kebajikan.

dats so wrong: hihi..tahun nie ader majlis bukak poser x?? perkara sunat tu..Boss..hihi x mau pahala sunat??wakakka

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Datang Bulan penuh Keberkatan

woha!...

now, the time is comes..
assalamualaikum...salam keberkatan untuk sekalian yang sedang membaca post ini.. bulan puasadatang lagi..jangan lupa penuhi bulan ini dengan segala ibadah yang dituntut.. no war at this time.. sembuh kan lah perasaan dengki dan iri hati ke atas kesenangan dan kejayaan orang lain..sembuhkanlah api kemarahan di atas kebodohan orang lain dan sembuhkanlah segala kemiskinan tata tertib dan adat sopan diri sendiri..

adakah anda paham??

bulan Ramadhan, bulan seribu keberkatan.. jangan mals buat ibadat..jangan ponteng puasa dan jangan lupe bukak puase..la..x mungkin kite lupa..hoho..

at this time, wishing all the partners, members and workers at Khairul Sofian Anuar & Co, hepi2 fasting.. wishing all of us da best ramadhan dan always be in a good condition..

sile singgah ke blog slalu untuk mendapatkan tazkirah dan nasihat yang berguna sepanjang bukan penuh keberkatan ini..

THE BELOVED IS ONE
THATS NO BEGINNING AND NO END
WHEN YOU FIND HIM,
YOU WILL DESIRE NOTHING ELSE,
HE IS BOTH MANIFEST
AND THE MYSTERY


Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co