Sunday, November 17, 2013

Majlis Mesra Aidil Fitri & Majlis Perasmian Tetuan Khairul Sofian Anuar & Co ( Part 2 )


Taraaa...egala persiapan untuk majlis jamuan telah sempurna disetup. Hanya menunggu kedatangan dif-dif kehormat saja :p

Terbaik! Abg Lan Lan kita xtukor baju smart lg gara2 nak setup meja bagus3 haha..

Manisnya cik  Nadia & Azura ni sedang menghias meja jamuan kita. Tgk tu segor3 buah-buahan. Terbaik dari ladang...freshhh

Al Roza & Adik Raaa kite bergambor ngan banner jamuan hari raya..dah macam model terhangat!!

Ni pula pandangan sisi ofis. Nampak tak kemeriahannya?? Siap belon bagai..al-maklumlah Majlis Mesra Aidilfitri bergabung ngan Majlis Perasmian opis kiterr yg comey ni..


Kedatangan diserikan dengan kehadiran Tuan Amirruddin bin Abu Bakar. Kemah keming bohhh!


Bos kite bersama antara tetamu yang hadir. Jemput makan dehh...sila2 jangan malu2


 3 dara + mak dara jelita KSA..sempoi + suweeett hihi


Majlis Perasmian pejabat baru KSA K. Terengganu oleh Tuan Amirruddin bin Abu Bakar. Big boss kita rasmi arini.


Alhamdulillah, riben perasmian telah dipotong menandakan terasminya ofis baru kita di Taman Teratai. Moga makin bertambah & berkat rezeki mencurah2 di bumi KSA...aminn


Dah sudah merasmikan, bos-bos posing dlu. Segak-segak belaka..macam YB dah hihi


Wajah-wajah harapan KSA K. Terengganu, Dungun dan Kemaman. Semua feeling mood raya lagi.


Lagiii bestttt...


Pose menarik daripada KSA Dungun dan Kemaman. Terbaik!!


Lost my word..smart & cun sangat kot hihi


Sep-sep Ganu plak berposing. Macam2 gaya..syed dengan sayapnya. Macam dok brape nk ready je sep-sep puang..



Helo-helo..call sape tu bos? Tengah call pn ada gaya tersendiri..^___^



Gedik sket ngan bos iterrr...haha


Antara tetamu terawal yang hadir..semua muka kelaparan haha..


Rombongan K.Ita dari Isharidah, Ho, Chong & Menon datang bertandang ke majlis kita. Kemah keming sep2 lawyer kite..


Bos bersama antara tetamu yang hadir. Dang lagi posing smbil ceduk nasik..hihi makan3


Antara hadirin yang hadir..ada nasik minyak, laksa Terengganu, sate ikan, kuih-muih, buah-buahan & macam2 lagi..rugi sape xmari bohh


Pose menarik tengah makan moktang daripada gabungan KSA..segar lagi ni


En.Ramlan hadir dengan gaya otai..hoho


Barisan Yb-yb kita, En. Khairul, En. Sofian & En. Rafna.


Penyambut tetamu yg cun2..tetap ceria sesangat menyambut tetamu yang hadir..^__^



En. Mohd Kamaruzaman bin A. Wahab dari Tetuan Aziz & Co. turut hadir memeriahkan majlis..toce toce


Gemokk buah ni bohhh..pakai baja gapo ni..haha melayan jela En. Saiful..


Salam salaman mengeratkan ukhwah..


Senyum sokmo..xlokek dehh walaupun tengah panas ketit..


Jemput bang..alohh abang kat depan ni malu-malu nak masuk camera..hihi


Jemput makan semua..makan sampai kenyang tau. Harini kami jamu semua..


Merasai manisnya ikatan ukhuwah yang dibina bila hanya kerana Allah. Duk cakap mende la kakak2 kita ni sampai senyum mewek..:P


Macam sedap jer..macam sedap jer..jeles orang kat belakang tu haha


Peguam kita ni dah macam wizard je...hehe jangan marah naa


Kehadiran Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad memeriahkan lagi majlis. Big boss kawasan K. Terengganu ni. Senyum lebor bos kite tetamu VVIP datang.


Dang lagi membincangkan masalah rakyat di bawah terik matahari...haha
Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co