Saturday, February 27, 2010

alahai peguam...

Al kisah di Slim River, Perak ni adalah seorang peguam yang sangat masyhur, kaya dan terkenal akan kedekutnya...

Dipendekkan cerita, sakitlah peguam nie.... sakitnya tiada ubat. Bermacam macam telah diikhtiarkannya.... Hospital berpuluh puluh, dukun beratus ratus.. sakitnya tidak kurang, malah bertambah serius.

Dengan nada berputus asa diapun bernazar dan berdoa "sekiranya aku sihat seperti sediakala, akan ku jual banglow ku ini dan duitnya akan ku sedekahkan semuanya pada anak yatim".

Dipendekkan cerita nie...tanpa diduga sembuhlah dia dari penyakit yang dihidapinya...dan teringatlah dia akan nazar dan janjinya sewaktu dia sakit dulu.

Tapi... " kalau aku jual banglow ini... aku nak tinggal dimana?", "kalau ku sedekahkan kesemua duit penjualan rumah nie..."£$^&**%^&*...susah?. Berhari hari dia memikirkannya, apa yang patut dia buat.

Dipendekkan lagi cerita nie...pada suatu hari datanglah orang ramai berduyun duyun kerumahnya setelah membaca iklan penjualan banglownya dengan harga yang begitu murah...RM50,000-00.

Seorang demi seorang berjumpa dengannya...semuanya balik ngan seribu pertanyaan.

Dipendek-pendekkan lagi cerita nie...semua orang yang datang semuanya tidak jadi membeli banglownya...kerana pembelian banglownya dengan harga RM50,000-00 ada syaratnya. Pembeli yang berminat itu juga hendaklah dalam masa yang sama membeli almari antiknya dengan harga RM1.5 juta....

Masalah jugak kalau dah terlalu bijak...alahai peguam.

KSA's war time...(part 2)


peace...no war : )
Jangan bergerak...kalau tak saya tembak
Opsss...saya surrender...
Awas...jejaka ini sangat dikehendaki.
Jangan pandang sebelah mata..
Kamu ke kiri,kamu ke kanan...saya stay kat sini.Ok set 1,2 ...gerak.
LAri...lari...
Adoi...penat la.

Tahukah anda?

Apakah undang undang yang mengawal kekejaman terhadap haiwan?

Satu satunya undang undang yang mengawal kekejaman terhadap haiwan ialah Akta Binatang 1953 (Akta 647) (Semakan 2006). Haiwan dalam konteks kekejaman terhadap haiwan ditakrifkan sebagai mana mana makhluk bernyawa selain manusia dan termasuk mana mana haiwan ,burung,ikan reptilia atau serangga sama ada liar atau jinak.Ini jelas diterangkan dalam seksyen 43 Akta Binatang 1953.

Sumber: Teo Say Eng,Hak Anda Dan Undang undang,lexis nexis.






KSA's Bowler achievement.








Alahai Peguam...

Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Peguam berkata, "saya tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam?

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "Tidak Tahu"

Di padang itu ...

"Saya baling,awak sambut ek..."
"Adik adik ke tepi,gula gula ni pakcik yang punya..huhuhu."
"Aik,kenapa x cukup ni?"
Yes! Strike!...akhirnya.
Ikatan kain pelikat yang kurang kemas...akibatnya...
Cepat!...ada jualan murah kat depan tu...(motivasi bagi setiap wanita)
Satu untuk awak,tiga untuk saya...satu untuk awak ,semua untuk saya...
Simpan hadiah mak bagi ni elok elok ...
Aku pun dapat hadiah...hahaha

Adik,lari laju laju tau...pakcik kira ...adik lari kay.

Tahukah anda?

Apakah Erti perkataan 'Peguam'? Peguam ialah istilah am bagi mana mana ahli profesion undang undang yang berkelayakan . Di Britain,peguam boleh terdiri samada peguam cara atau barrister, yang mempunyai latihan dan tugas yang berbeza. Di Malaysia,Peguam diketahui sebagai peguam bela dan peguam cara,yang membawa erti seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi yang diterima dan didaftarkan di bawah Akta Profession Undang Undang 1976.Mana mana peguam bela dan peguam cara hendaklah mempunyai hak eksklusif untuk hadir dan berhujah dalam semua Mahkamah keadilan di Malaysia.Kehadiran ini meliputi kes sivil dan juga jenayah. Jika peguam bela dan peguam cara membela seseorang dalam kes jenayah di hadapan Mahkamah Keadilan , dia lebih dikenali sebagai peguam pembela manakala apabila dia membela pihak dalam prosiding sivil dia diketahui sebagai peguam yang bertindak bagi pihak tersebut.

Sumber: Teo Say Eng,Hak Anda dan Undang Undang,lexis Nexis.


barisan pengamal undang undang

Semasa Pengtauliahan sebagai peguam

Pantai itu milik kita ...(Part 2)

Ya Allah,Kau besarkan lah Mahligai Impian ku ini...
Mana harta karun nih?...isk...gali lagi la
Ha,awak gali situ,saya gali sini...cari sebelum pakcik tu jumpa harta karun..
Cepat...cari dan gali...cepat
sabar meneliti pepasiran pantai..
Inilah Mahligai Impian kami...
Isk,anak sape ni? : )
Sesi muhasabah diri.
Lari ! Lari ! Ikan paus kejar...

Jauh merenung masa depan.
Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co