En. Fazru Anuar


En. Fazru Anuar bin Yusof

  • merupakan seorang Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari International Islamic Universiti Malaysia.
  • menjalani latihan keperguaman selama sepuluh bulan di bawah seliaan Datuk Azalina Othman Said di Kuala Lumpur ( Tetuan.Azalina Chan & Chia )
  • menerima pendedahan dalam pelbagai bidang guaman, antaranya litigasi sivil, korporat, syariah, dan conveyancing.
  • mengikuti Kursus Pentadbiran Korporat di Institusi Profesional Baitumal dan berjaya memperolehi Sijil Pentadbiran Korporat (CCA).
  • diterima sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 28hb Julai 2000.
  • ditauliahkan sebagai Peguam Syarie di Negeri Sembilan pada 19hb Februari 2001 manakala di Terengganu pada 15hb November tahun yang sama. Kemudian ditauliahkan Peguam Syarie Negeri Perlis,Kelantan dan Wilayah Persekutuan
  • memulakan karier dan menimba pengalaman di Tetuan Rushdi Yusop & Partners di Kuala Terengganu mulai September 2000 sekembalinya dari Kuala Lumpur.
  • banyak mengendalikan kes-kes tuntutan sivil bagi pihak individu, firma persendirian dan perkongsian syarikat-syarikat tempatan, koperasi-koperasi, bank-bank tempatan seperti Maybank, Bank Rakyat, CIMB Bank, Agro Bank,Bank Islam dan sebagainya .
  • turut mengendalikan kes-kes yang melibatkan tuntutan insurans kemalangan jalanraya terhadap pelbagai Syarikat Insuran seperti Kurnia Insurans, etiqa Takaful Insuran, Pacific Orient Insurance, Alliance Insuran dan sebagainya.
  • menyertai Tetuan Khairul Sofian Anuar & Co.mulai 1hb Februari 2003 sebagai rakan kongsi dan memulakan penglibatan dalm pengendalian kes-kes syariah seperti pertikaian harta sepencarian, hadhanah, pengesahan perkahwinan, pembahagian harta pusaka, faraid, hibah, tuntutan nafkah, pelbagai jenis perceraian, kes rayuan mal dan jenayah dan sebagainya.
  • selain itu, turut mengendalikan jenayah syariah seperti persediaan melakukan zina ( s.29 ), khalwat ,rayuan jenayah syariah serta rayuan mal di peringkat Mahkamah Rayuan Syariah .
  • Kes-kes beliau juga banyak dilapor di dalam media massa khususnya kes-kes berkaitan syariah .





Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co