Sunday, November 20, 2011

Hari Terakhir bersama Yang Arif Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu


 Tanggal 16-11-2011 satu majlis meraikan hari-hari terakhir Yang Arif  Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu,  Tuan Shaikh Ahmad Bin Ismail yang akan bersara wajib pada bulan November 2011 telah diadakan di Sutera Semai Kuala Terengganu, Terengganu. Antara yang turut hadir adalah peguam syarie dari KSA iaitu En.Anuar, En.Sofian , En.Khir dan bakal peguam Syarie KSA iaitu Cik Hawa dan En. Syed. Banyak kata - kata semangat dilontarkan oleh Yang Arif sebelum beliau bersara tahun ini untuk pelapis - pelapis peguam syarie yang akan beramal di Terengganu.


 Ni lah wajah Yang Arif yang sempat di snap semasa majlis persaraan tersebut .Mungkin ramai yg teleh mengenali nama beliau semasa menyediakan draf Perintah tetapi belum mengenali wajahnya. Jadi kita upload di sini untuk staf KSA mengenali lebih dekat .


 En. Anuar bersama para peguam syarie  veteran yang turut hadir dalam majlis tersebut.



Tidak ketinggalan peguma syarie En. Khir yang tersohor di daerah Dungun dan Paka bersama bakal Peguam Syarie 2012 nanti. Tak tahu apa yang digelakkannya tuu...



Kelihatan para peguam syarie yang lain sayu bila di beritahu hari - hari terakhir Yang Arif akan meninggalkan bidang kehakiman untuk bersara. Walaubagaimanapun, kita mendoakan moga beliau terus memberi khidmat kepada masyarakat selepas bersara serta mendoakan moga segala usaha-usaha dan sumbangan beliau di rahmati Allah dan hanya  Allah yang membalasnya kelak.
Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co