Thursday, February 2, 2012

Bowling Tournament KSA 2012


 Pada 24-2-2012  satu pertandingan bowling antara cawangan KSA serta pasukan jemputan dari Tetuan Rushdi Yusop & Partners telah diadakan di TER Bowling Centre. Kali ini cawangan KSA  ( Kuala Terengganu ) menjadi tuan rumah untuk acara tahunan. Jom kita tengok aksi-aksi serta gaya-gaya menarik oleh setiap pasukan serta individu . 



Nie lah antara bola bowling yang digunakan oleh peserta - peserta pertandingan .. Kena pilih cepat-cepat sebab stok limited .




 Antara para peserta KSA  yang hadir serta bersesi fotografi sebelum perlawanan 



Amboi .. bukan main senyum sebar En.Khairul tuu.. Tak sabar-sabar nak tunjuk skil masing-masing 



Siapa yang bakal menjadi Pemain Terbaik untuk tahun 2012. Tidak kurang hebat En. Saipul yang juga turun untuk menunjukkan skil dan bakatnya.


 Bersemangat untuk bermain walaupun sambil mendukung anak .. cayalah En. Rozilan



Antara penyokong cilik yang hadir untuk memberi sokongan padu 


Ini adalah antara piala - piala yang akan dimenangi oleh peserta - peserta bowling nanti 


 Tidak kurang hadiah iringan pelbagai hamper yang mesti dimenangi oleh peserta-peserta mengikut kumpulan. Sebelum tu..mari kita tengok pelbagai  aksi-aksi hebat yang ditunjukkan oleh peserta - peserta serta jarang-jarang kita lihat di bawah ..



Aksi hebat oleh Peserta Rozilan , Mira dan Shafikah 


Balingan hebat oleh En. Syed Bazlan , En. Khir , En. Wafi dan En. Syed 



Gaya balingan serta skil  tersendiri oleh En.Helmi , Cik Mira , En. Syed dan En.Sofian 



lagi aksi luar biasa oleh En. Aziadi, En. Syed , En. Syed Bazlan , En. Rozilan serta En.Khairul



Akhirnya ...Tahniah kepada En. Sofian kerana telah berjaya menjadi pilihan para juri kerana menjadi Pemain terbaik tahun ini menggantikan En. Syed  Bazlan dari cawangan KSA( Dungun ) dengan kutipan mata tertinggi.


Senyum lebar En. Khir menerima hadiah saguhati dari Penaja ..saguhati ..saguhati lah ...



En. Wan Aziadi menerima hadiah hamper mewakili kumpulannya dengan tenang.  Tak nampak nombor brapa kat situ sebab terlindung jarinya. 



Macho je En. Wafi menerima hadiah berupa hamper untuk kumpulannya 



Tu dia .. En. Anuar menerima hadiah berupa hamper untuk tempat ke - 3 


Berposing sikit dengan piala yang dimenangi 


Tahniah kepada kumpulan En. Sofian kerana menjadi juara kumpulan keseluruhan untuk tahun 2012.  Hebat - hebat belaka nie  .. boleh wakil firma untuk pergi lebih jauh nanti.



Tahniah juga buat kumpulan En.Saipul serta staf-staf KSA yang lain kerana berjaya menduduki tempat ke - 2 dari keseluruhan kumpulan.



Tahniah juga kepada kumpulan E.Khairul dan staf-staf yang lain kerana berjaya membawa balik hadiah hamper .  Insyaallah .. acara ini akan diteruskan sabagai acara tahunan untuk merapatkan ukuwwah antara kakitangan KSA di semua cawangan.
Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co