Sunday, May 25, 2014

Persidangan Meja Bulat Akta Profesion Guaman Syarie

Baru-baru ini, Persidangan Meja Bulat Akta Profesion Guaman Syarie telah diadakan pada hari Jumaat & Sabtu, 23-24 Mei 2014 bertempat di Hotel Flamingo Ampang. Ramai wakil-wakil negeri, wakil majlis peguam, mantan pimpinan PGSM & ahli-ahli yang hadir termasuklah peguam syarie disedani dari KSA Kuala Terengganu firm, En. Wan Mohd Azziadi bin Wan Abd. Jalil. Antara gambar-gambar yang sempat disnap.

 




YBhg. Assoc Profesor Dr Shamrahayu Abd. Aziz, dari UIAM dalam ucapannya, “Akta Profesion Guaman Syarie : Punca Kuasa Menurut Perlembagaan”.
Perbincangan secara terperinci bagi mendapatkan pandangan atau input di kalangan Peguam Syarie.

Tengah: Tn. Musa Awang, presiden Peguam Syarie Malaysia.
Sesi bergambar Presenter & wakil-wakil negeri ke Persidangan Meja Bulat Akta Profesion Guaman Syarie.
Moga niat murni untuk mewujudkan undang-undang atau akta Profesion Guaman Syarie yang menjadi matlamat utama penubuhan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) pada tahun 2001, adalah bertujuan menaik taraf profesion Peguam Syarie seiring dan sejalan dengan peguam sivil, seterusnya memperbaiki kelemahan yang wujud, selain menjamin kesinambangunan profesion Peguam Syarie di Negara ini, seterusnya ke persada antarabangsa. Insya Allah..aminn
Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co