Saturday, February 27, 2010

Tahukah anda?

Apakah Erti perkataan 'Peguam'? Peguam ialah istilah am bagi mana mana ahli profesion undang undang yang berkelayakan . Di Britain,peguam boleh terdiri samada peguam cara atau barrister, yang mempunyai latihan dan tugas yang berbeza. Di Malaysia,Peguam diketahui sebagai peguam bela dan peguam cara,yang membawa erti seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi yang diterima dan didaftarkan di bawah Akta Profession Undang Undang 1976.Mana mana peguam bela dan peguam cara hendaklah mempunyai hak eksklusif untuk hadir dan berhujah dalam semua Mahkamah keadilan di Malaysia.Kehadiran ini meliputi kes sivil dan juga jenayah. Jika peguam bela dan peguam cara membela seseorang dalam kes jenayah di hadapan Mahkamah Keadilan , dia lebih dikenali sebagai peguam pembela manakala apabila dia membela pihak dalam prosiding sivil dia diketahui sebagai peguam yang bertindak bagi pihak tersebut.

Sumber: Teo Say Eng,Hak Anda dan Undang Undang,lexis Nexis.


barisan pengamal undang undang

Semasa Pengtauliahan sebagai peguam

No comments:

Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co