baju raya dah beli??ala, tahu..mesti pakai baju raye aidilfitri ari tu kan..erk..erk..kantoooii,,...boss mesti beli baju raye lagi kan.. boss kan manyak duet..hohoho..
sedar x sedar kite sambut raye lagi..lembu kerbau kambing dah lame sodau..hayat mereka dah x panjang..kalu ikot tarikh ari nie ader la 2 3 ari lagi lembu kambing even ayam yang bakal dijadikan rendang untuk ketupat dan lemang sekali pun bakal menamatkan zaman kenikmatan rumput dan jugak dedak ayam..ohhh..no..times running out..dan ayam sudah mula buat chicken dance di halaman rumah..takoot lah tu :)
tahu ke ape cite raye korban??x tahu?? meh KSA kongsi sikit cite okey.. sikit jer..bnyak2 kang x der orang nak bace pulak :)
Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
-bernama-
itulah kisah hari raya korban..oleh itu, KSA ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya Haji untuk semua warga Ksa dan pengunjung blog"
sajian minda untuk raya Haji :)
|
pakai pedang buat sembelih lombu style jugak kan?? ya dak?? |
itu sahja untuk post kali ini..raye haji pun kene mintak maaf jugak ker??hohoho..kalu ader terdose tersilap buat tu siler mintak maaf..mintak sekarang!!hahhaa
p/s: sape sembelih lembu??nant jangan lupe masak sedap2 bg budak opis makan..hoho..besau pahala tue.. x nak sudah :)