Monday, November 12, 2012

Before & After

actually encik potographer bnyak amik gambar movement kang kalau kite tgk memng boleh tergelak..mulut herot, kaki senget, mata juling pun ada..tapi nak pilih satu-satu masuk blog memng x mungkin lah kan..gayanya orang yang keje hapdate belog ni kerja tetap mungkin tegar nak pilih ratusan gambar tu masuk blog..

so, sebab kurang kerajinan, u just got opportunity tu see these pictures..kalau berniat nak tgk yang lain, lets mintak okey..i email kat u olls :)






Sunday, November 11, 2012

Suka suki Sukaneka

perghh..dah nak buat Family day baru, gambar family day yang lame pun x habis upload. ish, slow slow slow.. maaf ye anak-anak sekalian..hoho..baru nak sambung update balik ni..maaf kalau gambar same ter masuk dua kali..:)











Thursday, September 13, 2012

Riang Ria Aidilfitri KSA 2012


 Baru- baru ni iaitu 22 Syawal 1433H ( 9-9-2012 ) satu jamuan Aidilfitri telah diadakan di pejabat KSA ( Dungun ) sempena meraikan staff serta klien-klien KSA . Pada hari tersebut juga KSA
( Dungun ) telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan ofis tambahan di sana.  Apa-apa  pun kita doakan moga mereka semua berjaya dan terus maju untuk berdaya saing kelak.. Apa-apa pun  jom kita tengok gambar-gambar suasana raya yang lalu ..

 

 Antara jejaka tampan di Khairul Sofian Anuar & Co
 


Sebagian kakitangan Khairul Sofian Anuar & Co 



 Tetamu dari Khairul Sofian Anuar & Co ( Terengganu ) yang juga datang sebagai tetamu tidak rasmi



 Staff dari Khairul Sofian Anuar & Co ( Terengganu ) juga sempat  berposing dengan bossnya yang sporting





Tu dia Tuan Rumah sedang sibuk melayani tetamu sambil tersenyum lebar di hadapan lensa 



Antara tetamu yang datang dan penuh riang ria menjamu selera 


 Walaupun sederhana tapi ianya tetap meriah dengan pelbagai juadah dan kuih-muih



 En.Khir siap berbaju Melayu serta bersongket untuk menyambut tetamu yang datang 



 Cik Hawa sempat lagi berposing dengan hand phone Samsung kesayangannya .. Kebetulan pulak baju dan cover handphone pun warna yang sama ..


Cik Hawa bersama Puan Sue yang juga siap berbaju raya ..warna warni lagi





Tidak ketinggalan En.Saipul yang dijemput sebagai tetamu khas di jamuan raya nie ..




 Waaa..bukan main hebat jugak staff KSA berposing di hadapan lensa ..ada bakat jadi model sambilan



Sekianlah dulu untuk post kali ini. sebelum berundur kita pakat berposing sekali lagi untuk blog ini  . Moga berjumpa lagi di Aidilfitri 2013 tahun hadapan ..dan Maaf Zahir dan Batin dari wargakerja KSA seluruhnya ..

Thursday, August 16, 2012

Wishing all of u Hepi Eid

esok luse dah nak raye..kain baju sudah siap?lemang ketupat dah ready?rendang macam mane?

berjari-jari tangan disusun memohon seribu kemaafan, keterlanjuran ketika bergurau dan kekasaran ketika menegur..

mohon semua membersihkan hati untuk memaafkan dan memulakan satu hubungan yang lebih mesra pada syawal kali ini :)

selamat hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir Batin :)


Sunday, August 12, 2012

Friday, August 10, 2012

MENCARI LALATUL QADAR

minggu depan raya..husih, mesti semua sibuk kuar mlam-malam survey baju rayakan..kadng-kadang sampai lupa malam lailatul qadar yang hanya muncul setahun sekali dan itu pun bukan senang untuk kita temui..

so, today, lets read something yang berfaedah untuk kita..

macam mane mencari Lailatul Qadar.. * x payah payah beli gps okey :) ini Petua Imam Ghazali :)

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Tuesday, July 31, 2012

Koleksi Gambar Seminar

just sharing beberapa photo yang di snap oleh Cik Anuar pada seminar yang lepas..baru nak share..huhu..konon sibuk sangat lah kan..btw, memng sangat busy..wiiiwiii..
okey..lets look :)










Friday, July 20, 2012

Islamic Banking Seminar

alhamduliilah..semlam berlangsungnya seminar on Islamic Banking di Hotel Seri Malaysia...

so, today saje je lah nak revise sikit2 ape yang kite semua dah dapat mase seminar tu kan..okey, ape yang kite dapat adalah:

KITE DAPAT AMIK GAMBO!!!! hahaha 
hahaha..x der lah..sebenarnya, yang lebih penting kita dapat ilmu-ilmu kat bawah ni..




thats all. :)

Yahoo..Ramadhan Kembali

Alhamdulillah..sekali lagi kita semua dikurniakan nikmat untuk bernafas di bulan Ramadhan, bulan ibadah..jangan lupe mempertingkatkan amalan-amalan sunat dan memperbaiki segala kekurangan yang ada dalam diri..



mana yang suke mengutuk tu, kurang-kurangkan aktiviti mengutuk, mana yang suke jeles-jeles tu, blaja-blaja lah terima takdir, mana yang suke berlagak tu, blaja-blaja lah merendahkan diri dan mana-mana yang kedekut tu, blaja-blaja lah jadi pemurah yer...


x der ruginya kite memperbaiki diri kita ni..Ramadhan merupakan satu tawaran daripda ALLAH untuk memperbaiki diri kita..jadi apa lagi, jangan biarkan tawaran ALLAH ini menjadi satu tawaran yang sia-sia..


SALAM RAMADHAN DARIPADA SELURUH WARGA KHAIRUL SOFIAN ANUAR & CO.. :)


Wednesday, July 4, 2012

Doa Nisfu Syaaban :)

tik tok tik tok..dah masuk bulan syaaban..dah separuh bulan berlalu..InsyaAllah malam ini, kite akan sama-sama menyambut malam nisfu syaaban..tahu ke ape peristiwa malam nisfu syaaban?


kite share sikit info pasal malam nisfu syaaban k :)

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."


Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

InsyaAllah, malam ni kite same2 muhasabah diri, mohon keampunan dari yang masa esa..semoga segala tingkah laku kita y buruk-buruk itu di ampunkan..

Doa Malam Nisfu Syaaban :)

Thursday, June 21, 2012

hiburan di Hujung Minggu

alhamdulillah..sudah mahu berakhir pun minggu ini..khamis sudah ye..maka, esok x payah datang opis, x payah bukak pc, x payah buat2 busy..wakakaka

untuk itu, kite tutup minggu pura-pura busy kite dengan sedikit hiburan yang mungkin tidak kelakar, tapi, mungkin lucu..ala, kalau x gelak tu stress lah tu..kohkohkoh..





Copyright© All Rights Reserved Tetuan Khairul Sofian Anuar co